Bercinta untuk Berdakwah :) ??



Pernah suatu ketika dahulu.sewaktu saya darjah5 . waktu tuu kawan banyak yang bercinta.eii , geramnya saya.saya cukup tak suka bila dengar perkataan couple2x nieyy..benci. kenapa perlu ada cinta?? penting sangat ker ? waktu tu mmg x taw apa2 lg.

Bila mula menjejak kaki ke alam sekolah menengah . bila kawan-kawan asyik bersembang tentang couple2x ja. hati saya pun teringin nak ada BF. tapi waktu saya form 1 . saya tak bersedia lagi. waktu tu ada la 2-3 orang mintak couple dgn saya.. semua saya tolakk walaupun saya teringin sebab saya xnak terjebak lagi dalam alam percintaan. saya nak tumpu dulu kat pelajaran. alam form 1 saya tempuhi dengan hidup single. waktu tu saya selalu nasihat kawan. jangan dok bercinta. bukan best pon. tak baik buat maksiat. saya benci gila bila tengok pasangan yang couple niey dok buat date , geli geleman. awad gedik tak sangga ? tapi saya cuma suka rekeman org . tak suka teman bila kawan ajak buwat date . stg kita tambah dosa sekali kan ? saya geram sbb depa sanggup abiskan duit beli topup untuk msj or ckp ngn pkwe depa . haishh. membazirr.. ! Tapi mmg x dinafikan . manusia ada perasaan . saya pun ada perasaan kt seseorang nie . tapi hampa jee. dia tak tima nak wat cmne. berbulan jugak saya cuba melupakan dia . Alhamdulillah buleh pun. then lepas tu sy sllalu tanya org best ker COUPLE niey ? diorang kate ad yg skit hati sebab cinta . Bla dengar celoteh org rmai , saya berjanji saya takkan couple smpai sy temu jodoh sendiri . ye ke ?

Bila masuk form2 , awal2 tahun . ada lar chat dengan Hamba Allah nie kat FB . Dia pelajar sekolah agama , form 4 , agak hensem larr. saya berkenalan dgn dia . Bermula dengan kami mesej2. beberapa hari je kami pun couple. memang saya tak taw sikap dia sepenuhnya lagi . tapi sy pun heran knapa dia yg sy terima ? hanya allah je tahu .sy teringat , mna janji saya dulu ?
hmm..masa bercinta mmg indah.. sungguh indah. suka duka ditempuh bersama. kdg2 kita bergduh tpi x prnh break..harap bnda tu xkn terjadi..sy terpikir semua nie dosa takk ? saya msesj dgn dia . jiwang2.. tapi kami x pernah jumpa lagi..sbb sya tak ready . biar lar sy mencecah dewasa lagi untuk bertemu ngn dia kan ?hmm..kawan2 mula mengata."dulu dia anti couple tpi skrang dia couple ' adehh. saya agak terasa lar jugakk. tapi setiap manusia tak pernah lari dari kesalahan kann ?

Baru 6 bulan , sy rsa bersalah bila sy mulai mencintai seseorang.knpe ? tp hdup sy sntiasa dkat dngn Allah lg..sy takkan pernah lupakan Allah..sy tak pernah tinggal solat . kdg2 sy malas sgt nk solat tp dia paksa jugakk sy solat. timakasih wakk^^saya pun heran kenapa manusia zaman laa berubah . lebihkan cinta dari belajar . bila saya tegur depa . selalu jer perli . "mcm kau bagus sgt nak tegur2 aku. cermin diri dulu". payah kan orang mcm niey ? tapi kita kena bawak jugak mereka ke arah yg benar. biarkan depa kutuk kita. cegahlah kemungkaran walupun dgn hati krna hati adalah selemah2 iman . sape2 yg kuat iman cegahlah dgn lidah dan perbuatan. tp mungkin sy jugak x sanggup sbb kekuatan iman sy mungkin belum ckup lg. sy tak lah baik sgt .
Bila sy mula keliru , saya selalu search dkt internet. mcm2 laa. 'apa hukum couple' , 'wanita solehah' . sebb sy nk brubah . sy nak manusia yg baikk. bila buka internet . mcm2 . baca yang niey . kata couple takpa . baca yang tuu . kata couple haram . pening laaa. tanya ustazah kat sekolah . semua kata takpa asalkan jaga batas pergaulan yang melibatkan zina . ada la suatu hari . sy kta kat awak . sy nk brubah . awk kate bgus la niat tuu . then sy kte x nak couple . awak tnya serious ke ? * sy fikir bnyk2 . mungkin sy x snggup lagi nk break. sbb sy takut sy akn sllu fikirkn awk smpai terabai pelajaran. sy jwb je takk . Ya Allah , ampunkan hamba .Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. awak ingat saya dah nak jadi alim, nk berhenti couple. saya kata, kita bukan buat benda salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. orang lain couple asyik jumpa then pegang2 tangan . tapi kita couple baik2. x pernah jumpa. dan janji x nak jumpa takut berlaku maksiat. cuma sms and call jer. call pun untuk kejut bangun solat n anything jer . bukan cam orang lain bergayut sampai abis berpuluh2 ringgit.saya taknaklah terlalu berkorban sangat. sebab sy x tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti kan ?mungkin kita bukan jodoh ke. saya selalu mencari artikel tntg cinta . sy selalu dengar lagu nasyid. saya x nak sangat dah layan jiwang . sya nak berubah. biar sekarang sya dibenci orang . selalu kata berlagak alim padahal x ? susah kan ? nak berubah sikit2 . orang x taw . suatu hari ada la terjumpa satu artikel nieyyh . tajuk dia "couple Haram"saya tak percaya. tapi bila baca detail, mcm betul pula. ingat nak bincang dgn awak.tapi berat pula rasanya. saya fikir kembali. kita tak buat maksiat. jtak pernah kuar sama2 lagi. tak jiwang2 sangat. cuma ambil berat, tanya khabar, borak2, bagi tazkirah. tu jer.. apa yang haram benda niey ?Biasalah kalau kita suka satu benda. kita akan membenarkan ia jugak walaupun ia salah kan ? saya pun tak tahu nak buat cm na lagi. sya diam jer. kawan pun selalu kata . putus jer. takbaik couple. tapi depa pun couple. pening lar saya.saya pun tak nak couple. tapi sy x bleh tinggalkan dia.. mungkin mengambil masa yg lama. sy janji dia pertama dan terakhir . lepas nieyy saya takmau dah bercinta2 nie. best jer tengok sorang kwan niee. dia segak jugakk. pandai pon pandai. dia x layan lelaki.dia tumpu jee kat pelajaran.dia agak pendiam . mmg terharu bila jd dia . suatu hari usya lar dia . sejuk aty tengok dia . sampai mengelamun. saya nak jd mcm dia . semua orang suka dia sbb dia baik , dia x galak. n mcm2. i hope u can help me :) walaupun dah beribu artikel sy baca tentang couple2 niey. ada kata haram or tak . saya ttp x leh berubah . maybe satu hari Allah akan bukak jugak hati nieee . aminnn..

"Malu rasanya menyatakan cinta kepada dia kekasih allah , kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa. "

"Kerana peribadinya aku terpesona ,kerna budinya aku jatuh cinta. rindunya tiada terkata. nantilah daku ditaman syurga."

CINTA KEPADA RASULULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH
"Jangan Pula kerana bercinta , kita pun leka entah ke mana. dan jangan pula kerna bercinta tergadai semua maruah agama "

"Cinta yg sejati hanya cinta kan illahi .cinta ayahbonda tulus suci selamanya. cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan "

"Ya allah , jika dia benar untukku , dekatkanlah hatiku dengan hatinya , jika dia bukan milikku , damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu "



♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Tutorial for old Chatbox ~

Selamat malam peppss . okayy ,hari ni aku nak buat tuto pasal FB bukan blog . aku tgok skrunk smua tgh Bengang dgn FB Chat yg bwu kan ?

chat jd mcm niey kan ? * click to enlarge .

okayy . maii sini fatin nk ajar korang .
First step . bukak link nieyy >> http://userscripts.org/scripts/show/107159
then , dy kuaq mcm kat bwh nie .

so , korang tkn install .

lepas tuu , dia akan kuaq mcm kat ats niey pulakk. tekan continue .

press install*
then . dia akan install. lepas tu korang out FB korang then SIGN IN semula .

and see the results . semoga menjadi ;)


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Subhanallah . jom insaf sikit . hik3.

Malu Untuk Sekeping Gambar..

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa facebook yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomen :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”

Setelah dikomen begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya..!!!

Saya tak tahu kenapa.. tapi berniqab ni macam satu fesyen bagi sesetengah individu. Perlu ke tayang foto berniqab di laman sosial? Terkadang hati saya tertanya-tanya.. " ni nak show off ke "..

Ada yang bagi alasan supaya kawan lama kenal kita.? Tiada cara lain lagikah.??

Wahai Muslimah berniqab.. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri.. Kerana apa kita berniqab..??

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian..

Pesanan untuk ana dan muslimah sekalian..

~ pakaian melambangkan keperibadian dan imej Islam yang kita bawa..orang sekarang lebih cenderung menjustifikasi orang dari fizikal, bukan yang subjektif itu..jadi, kita bawa pakaian Islam, jangan pula kita membawa fitnah kepada Islam.. Oleh itu, sama ada kita berniqab atau tidak lebih baik kita "sembunyikan diri" kita..

"Wanita Solehah Itu Tidak Memandang Dan Tidak Dipandang.."


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥