terlalu banyak dosaku ~


Bismillahirohmanirrahim. Ya allah , terlalu banyak dosa yang melekat pada diriku. manakah sifat maluku seorang wanita bila aku 'free' berhubung dengan lelaki yang bukan mahramku. Layakkah aku menetap di muka bumimu .? ampuni aku ya Allah. 

بسم الله الرحمن الرحيم


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin ya Rabbal'alamin


PEREMPUAN
Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,
sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
"am yashluh an yura minha”
(tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya)
(Hadis Riwayat Abu Dawud)


PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap 
bergemerincing & menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia
telah melanggar larangan Allah.
Allah Taala berfirman :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)




PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. 
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuatpewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian,
adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)



WANITA & WANGIAN?





PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,
kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah
mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk atau jahat,

adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik & buruk dinyatakan dengan jelas di
dalam Al-Quran.

Allah Taala berfirman :
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).


Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
(Ibrahim : 24-26)



PEREMPUAN
Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang 
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat,
memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang
suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging
saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya.
Allah Taala berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujurat : 12)



PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi yang pendek,
apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk tubuhnya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu apabila bertudung,
dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya & tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. 
Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah.
Allah Taala berfirman :
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab : 59)
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti memberi peringatan
untuk isteri & anak-anaknya




PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa 
yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat,
jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki
 (yang bukan mahramnya)
Allah Taala berfirman :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al-Ahzab : 32)
Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.

Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana kecantikannya

Allah Taala berfirman : 
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur : 60)

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid & berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi.
Allah Taala berfirman :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
(Al-Ahzab : 33) 

Abul A’la al Maududi berkata: 
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya,
daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian & perhiasannya kepada lelaki asing; & memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya & kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak.


VISIT THIS TO GET MORE INFO :
HUKUM BERCELAK BAGI WANITA



“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,
setiap kali mereka keluar,
syaitan akan memperhatikannya.”


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Menyentuh Hati


Tadi masa sedang berblogging , fatin terjumpa satu blog ini dan kemudian baca .menyentuh hati jugak la.  dan fatin ingat nak jadikan blog dan facebook fatin ni sebagai medaan berdakwah. acewwah . yes i admit. fatin bukanla baik sangat pun nak dakwah orang . Hummm. just nak share ni je ngan korang .

May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands... Ameen! :)♥



i've bold a few quotes that i love.. :)

but hey sister especially you,Amal!!,please please please...if you want a super duper fantastic,awesome n charming husband..please change your inner self n lifestyle first..Islam di hati,bukan Islam di mulut..(peringantan untuk diri sendiri)

bukan mudah tuk membina baitul Muslim..
kalau husband anda superIman sekalipun tp anda masih di tampuk lama..masih tak nk berubah..takdak maknanya jugak..
at least berusaha ke arah kebaikan
berusaha tuk jadi lebih baik..
berazam tuk menjadi isteri solehah..

melahirkan ummah yg hebat memerlukan usaha dr kedua2 pihak;husband n wife
sebab tak semua org sempurna..kita bukan maksum
so..saling melengkapilah antara satu sama lain..
top-up la mana yg perlu..buang ego tuh amal.(sungguh aq seorg yg egomaniac;sometimes [-.-"] )
terima segala nasihat baik org..nasihat menasihati,ingat mengingati..


aritu,bila heart to haert dgn mama,
mama ada pesan..
"tak kisahla kita nk pilih pasangan yg mcm mana pon,yg penting kita boleh terima dia seadanya,n dia boleh terima kita seadanya"

"cari yg boleh bimbing kita,yg boleh guide kita pasal tajwid,mcm mana nk baca al-Quran dgn betul,yg boleh kejut kita qiam.mungkin waktu muda nih tak rasa lg,tp nti dh tua2 baru kita sedar yg pentingnya tuk cari husband yg ilmu agama dia lebih tinggi dr kita"
then aq reply dgn "memang dh rasa pon sekarang nk kena cari species2 cenggitu,tp masalahnya,nak cari kat mana?hehe"

"amal,dengaq ni mama nk cakap,kalau kita nk husband yg baik,yg soleh, kita kena ubah diri kita dulu.istiqamah dgn apa yg kita buat sekarang.jgn nanti tersasar plak,berubah balik"

sungguh,aku tak nak kembali ke zaman jahilliyah dulu..cukuplah dh 23tahun hora2 berjima-jimba hidup berlandaskan Islam..bukan mengamalkan islam..ada beza Islam dan islam yer :)

May Allah s.w.t bless~~

Salam..


pssstttt:pasnih aku yakin n jamin ada yg akan bertanya,"ko nak kawin eh amal?" seperti yg selalu dorg tanya..
sesungguhnya n bahawasanya aq tidaklah bakal menamatkan zaman bujang lagi =.=
apa yg ditulis,kebanyakkannya dtg dr hati,dr pembacaan,dr perkongsian,dr pemikiran..
tuk persediaan masa hadapan..

plot untuk love story kita biarlah Allah yg draph-kan,biarlah Allah yg nukilkan..biarlah Allah yg tentukan..He knows Best..saya percaya pada Allah..sebab kerana Dia,saya lahir di dunia ini..



♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥