Adam tolong faham hawa.


'hidup kita sentiasa diberi pilhan,
sama ada nak ikut jalan baik, atau buruk.
dan saya pilih jalan baik.
mohon doa semua.
agar kita sama-sama istiqamah dengan jalan yang kita pilih,
dan semoga jalan yang kita pilih bisa buat kita bahagia,
di dunia, dan di akhirat sana'

ini cerita saya. 
saya seorang yang positif, happy go lucky, 
jarang orang tengok saya sedih,
tapi bila diuji dengan ujian hati sebegini,
saya rasa lemah, mudah tersentuh, air mata pun macam keluar ikut suka je.

saya kenal dengan sorang ni, rasa macam dijodohkan untuk kami jumpa dalam satu program, 
dia sangat baik, ramah, dan kacak juga [erk] dan paling penting, dia luas pengetahuan agama,
kiranya,
cukuplah kriteria untuk mak cik-mak cik nak ambik jadi calon menantu. 

dipendekkan cerita, lepas program, saya dan dia selalu contact-ing each other,
tanya khabar, bagi semangat nak exam, wish happy birthday,
dan dia selalu nasihat saya, bagi surah dan doa untuk saya hafal,
dia banyak bagi dorongan untuk saya untuk kenal Allah dengan lebih dekat.
untuk saya jadi muslimah solehah.

Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur,  atas izin Allah jua, kami dapat kenal.

tapi sejak kebelakangan ni, bila dah rasa faham sikit tentang agama,
saya rasa resah gelisah,
tipula kalau cakap saya tak senyum bila tengok mesej dari dia, 
tapi, rasa tak best bila contact setiap hari dengan dia macam ni,
rasa macam mana eh.. hmm. macam 'is this the way that Islam teaches?'

saya cuba untuk tak contact, tapi tak sampai seminggu,
tup tup dia contact dulu.
huhuhu. habis macam mana ni...?
T_T

saya dengan dia, kawan. tapi kadang-kadang tu,
"the way he messaged me, as if i am really important to him",
saya tak tahu apa yang dia fikir,

tapi jujurnya, saya macam dah.. ehmm. 

'agak rasa terbuai'

i am not used to message or to be closed with any other guy except him,

dan saya rasa dia takde rasa apa-apa pun, sebab memang dia ramah dengan semua orang.
(pada pemerhatian saya)

tapi tu lah, nama  pun perempuan,
hati sangat lembut, mudah sangat tersentuh.
directly, 'sangat mudah perasan',
dan kemudian, terjatuh. oh hati.

dan satu hari tu, saya nekad. 
saya dah tak nak terbuai dengan perasaan yang tak pasti,
memang lah rasa macam nak je terus terang,
*kalau suka, jumpa mak ayah terus aihh*
tapi saya masih mengekalkan rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,
[agak patriotik]

to ; xyz

'demi kebaikan kita bersama, saya harap sangat, kita tak lah contact dengan kerap macam ni lagi. rasanya awak pun boleh faham sendiri kenapa. sebab hati perempuan sangat mudah tersentuh'

saya sebenarnya risau dengan respon dengan dia, takut lepas ni terus hilang kawan sebaik dia,
tapi saya bersedia,

dan responnya,

...

.....

........

macam yang saya jangka,
terus tak contact. senyap.

dan perasaan saya, berkecai.
ibarat gelas kaca yang tidak disambut dari tingkat empat belas jatuh ke tanah.

saya tidak pasti dia bagaimana, mungkin tiada kesan,
menjalani kehidupan seperti biasa (rasanya)

menangis dua tiga hari mula-mula tu, dah macam perkara biasa.
cara terbaik untuk kita heal perasaan sendiri,
cumanya, dalam menangis, 
kena fikir.

'ujian hati ni, kecil sahaja bila nak banding dengan ujian-ujian lain'

'ada hikmah dalam setiap kejadian'

dan,

'Allah sentiasa ada untuk kita'

"Ya Rabb, jangan Kau pautkan hati kami dengan sesuatu yang Engkau tidak redha"

sejak tu, saya cuba kuatkan hati,
didik hati.
ternyata sangat susah. 
buat apa-apa, teringat dia.
tapi saya tak boleh berterusan macam ni.
lagi lemah hati saya, lagi senang syaitan nak masuk.
:(

jadi saya kena kuat!

kena banyakkan doa, 
baca Al-Quran memang tak boleh tinggal.
sibukkan diri dengan perkara-perkara lain.

perasaan suka, tersentuh, semuanya dari Allah.
dan pada siapa untuk kita bergantung harap kalau bukan pada Pemiliknya, kan?

untuk adam, 
tolong bantu kawan-kawan hawa saya,
jangan permainkan perasaan kami,
fikiran kita berbeza, mungkin kamu rasa cara kamu biasa saja,
tapi bila kami menginterprasi, kami mula terbuai dengan perasaan sendiri.
dan akhirnya, kami menaruh harapan yang tinggi.
sedang kamu masih dengan 'biasa-biasa sahaja'
dan remuklah sang hati.

sangat setuju kata ustaz azhar,
'jangan sesekali dekati hati kami jika tiada niat untuk memperisterikannya.'
bunyi macam gedik. tapi perkara sebegini sebenarnya serius.

kami tidak mahukan perhubungan yang tak pasti, 
atas dasar 'taaruf' biarlah dengan pengetahuan wali kami.
supaya nanti, bila tiba masanya dengan izin Ilahi,
kita dapat tersenyum kerana peritnya mujahadah pada permulaan,
membawa seribu kebahagiaan di masa hadapan.
inshaAllah.

untuk awak,
saya tak akan, dan tak pernah marah awak, 
malahan bersyukur, sebab dapat kenal awak.
cumanya,
saya betul nak berubah, 
kerana Allah.
saya nak jadi mukminah solehah.

dan saya mintak sangat, awak faham.
saya bukan me'reject' sesiapa. 
bukan juga bermaksud nak 'buang' awak dalam hidup saya,
cumanya biarlah setiap yang kita lakukan atas landasan iman,
bukannya nafsu semata.

moga kita dijauhkan dari maksiat,
perkara yang lepas, kita bertaubatlah.
mohon petunjuk dariNya sentiasa.


hamba lemah kepada Tuhan Maha Kuat,
-hawa
"Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal."
(SMK)

[disklemer ; this is not a story of my own, but this story is ours (baca:hawa). cerita ini bukan cerita saya, mungkin kisahnya lebih kurang sama dengan sesiapa, saya mohon maaf. menulis berdasarkan pemerhatian. menulis tentang cinta, bukan memberi makna sudah jatuh cinta, atau pun mungkin ada yang mengatakan 'oh banyak lagi kot cerita lain yang boleh ditulis' cumanya banyak di antara kita teruji dengan 'cinta' manusia. cinta itu fitrah, tidak salah. cuma perlu berlandaskan keimanan bukan hawa nafsu. kejar cinta Allah. pasti tidak akan pernah menghampakan!]

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

kepada bakal suamiku


Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa :

Salam buat bakal suamiku.
Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,
Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu,
Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu,
Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu,
Kamu hanya untukku.

Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman akhir zaman ini juga,
Fesyen anak muda, hatta yang berusia,
Mula kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mereka memulakan kembali fesyen dahulu,
Bermula fesyen tudung bersanggul tinggi, pakaian yang jarang, legging dan inner,
Tidak lupa,kawan-kawan sejantina denganmu
Seluar pendek menampakkan lutut ketika bersukan.
Apa mereka fikir mereka ‘hot’ dengan pakaian sebegitu?
Mereka lupa di akhirat nanti,
Pasti ada yang lagi ‘hot’ yakni neraka.
Nauzubillah.
Beri mereka cahayaMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Pasti, kamu tertanya-tanya,
Apa kaitannya dengan kamu semua ini.

Baitul Muslim :)

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal isterimu, yakni aku.

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawan perempuanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Aku bukan mengharapkan segalanya sempurna,
Cukuplah kamu tahu menjadi imam dalam solatku,
Cukuplah kamu akan bersama-samaku dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini,
Cukuplah kamu sedar kepentingan dalam menuntut ilmu,
Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat,
Cukuplah bakal suamiku seorang yang ‘skema’,
Skema mengikut peraturan Allah dan Rasul,
Melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya,
Yang boleh membimbingku ke Syurga, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat wanitaku,
Mari kita persiapkan diri menjadi solehah,
Setiap dari kita pasti inginkan lelaki seperti bakal suamiku juga dan lebih baik lagi,
Sebelum kita mendapatkan yang soleh,
Kita dahulu yang harus menjadi solehah.

 Aku yakin,
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga.
Itu janji Allah SWT dalam surah AnNur, ayat 26.

Bakal suamiku,
Sudah panjang warkah yang ku tulis,
Sekadar peringatan kita bersama,
Sebagaimana aku sedar dan berusaha menjaga diriku hanya untuk kamu,
Kamu juga perlu berbuat yang sama,
Aku simpankan rasa cinta ini hanya untuk kamu, bakal suamiku.

Buat masa ini,
kita simpan dahulu rasa cinta, 
kita salurkan kepada yang berhak dahulu,
Ayuh kita  mencari cinta Allah, cinta yang kekal abadi,
Dan InsyaAllah,
Andai ditakdirkan Allah,
Kita pasti bersama, diijabkabulkan atas nama cinta yang dilimpahkan Allah buat kita.
satu hari nanti.
InsyaAllah.


Mencari Redha Ilahi,

Bakal isterimu.

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥