Aku malu dengan Allah T.T

aku malu dengan Allah. aku malu dengan penciptaku.
aku lalai dengan pemberiannya terhadapku. layakkah aku menetap dibumimu ya Allah.?alpanya aku pada kemewahan dunia yang kumiliki. merasa hebat dengan apa yang aku punya. ya Allah , jahilnya aku menduakan cinta-Mu yang ternyata suci. Terima kasih kerana memberi hidayah ini padaku. aku nak berubah . !! yaa . dulu aku pernah bercinta. dalam erti kata yg sebenar , couple. mmg aku lalai menilai seorang lelaki. aku percaya semua janji manis dia. aku lemah dengan rayuannya. yupp. pernah ku terbaca suatu kata2 yang berbunyi 'akhi , perlu diingatkan .akhwat lemah dengan pujuk rayu akhi ' . aku percaya tutur kata dia. tapi kini ? aku dah tak tahan menanggung kesakitan ni ya Allah. aku diabaikan macam aku tak wujud dalam dunia ni. siapa sebenarnya aku pada dia ?aku yakin ini dugaan dari engkau. dua tahun aku cuba jaga hati dia. tapi kenapa aku dipijak2? kenapa aku tak dihargai? yaa semua ni salah aku. dulu dia dah pernah bagitahu yang dia jemu dengan aku. sebab aku kuat cemburu dan kuat merajuk. semua ni sebab aku sayangkan dia. tapi apakan daya. lelaki inginkan kebebasan. aku pula selalu kongkong hidup dia. nasihat itu lah ini lah. mesti dia rimas kan. sikit2 nak bebel. tapi aku berusaha untuk tidak cemburu atau merajuk. tapi dah Allah ciptakan hati perempuan tu lemah dan lembut.. Hurmm .Ya Allah ,adakah aku memilih orang yang salah? aku tahu aku berdosa. banyak sangat dosa aku bila couple. mmg kami tak pernah jumpa langsung ! tapii banyak zina hati ! saling rindu-merindui. menyatakan cnta yg hanya sandiwara semata-mata. betapa bodohnya aku sebagai seorang perempuan ,menyatakan cinta kpd lelaki yang ternyata belum sah menjadi suamiku. berdosanya aku pada jodohku yang sebenarnya. sudah terang lagi bersuluh yang dia tak pernah cuba nak jaga hati aku. kenapa aku masih mengharapkan diaa??pernah dia malukan aku depan kawan2 dia semasa aku call dia. tapi aku plak cukup marah bila ada org perburukkan dia. jahat mana pun dia , aku yakin dia pasti boleh berubah jadi seorang lelaki yang baik. aku tak suka kawan2 aku kutuk dia. who are you ? to judge someone ? Just Allah can judge his caliph.  Fatin , banyak lagi lelaki soleh kat dunia nii. banyak janji yg dia cakap , tapi tak pernah ditunaikannya. adakah lelaki ini seorang yang bertanggungjwab? Sehinggakan ada seorang lelaki mengatakan aku ni perempuan murah sebab bagi ja hati dekat lelaki yang tak tahu menghargai. Ya Allah , malunya segannya. murah kah aku? mana maruah aku ? tepuk dada tanya iman fatin . dua tahun aku jalinkan hubungan yang tak diredhai Allah.. dan ternyata aku hanya org yang dia perlukan masa dia bosan. redhanya hati aku dengan apa yang dia bagitau. sbb mungkin aku mmg x bererti langsung dalam hidup dia. Aku takda makna pun kat dia. aku ja terlalu percaya  kat dia. satu titis air mata pun tak mengalir bila dia bagitau hakikatnya. satu kekuatan yang luar biasa Allah beri padaku. semua ni dengan niat , aku nak berubah jadi wanita mukminah. wanita muslimah. wanita solehah pada penciptaku. aku ingin mendapat  jodoh yang boleh membimbingku ke jannahMu ya Allah. Ya Allah Ya Rabbi , kau ampunilah dosa aku dan dosa dia. ampunilah dosa yang kami lakukan ketika hubungan haram ini dijalinkan. sesungguhnya engkau lah maha pengampun. Ya Allah , jadikanlah juga dia seorang lelaki yang soleh . lelaki yang taat pada perintah-Mu . seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya. dan seorang lelaki yang menghormati wanita. Sungguh , tiada sedikit pun perasaan benci padanya bertakhta di hatiku ini .kerna dia juga hamba-Mu. Umat Rasulullah S.A.W. Ya Allah , Jika benar dia untukku , dekatkanlah hatinya dengan hatiku . jika dia bukan milikku , damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu . Andai dia bukan tercipta untukku , lupuskanlah dia dari ingatanku Ya Rabbi. Mengenali dia memberi sejuta pengajaran kepadaku. sejuta pengalaman. dia pernah kata . pengalaman mematangkan kita. Yaaaa . betull. setiap yang berlaku ada hikmah. Allah is the best planner. Kalu Allah pisahkan kami, ada sebab. mungkin Allah akan memberi org yg lebih baik dripada aku untuk dirinya. Be optimistic even when you are down on your luck. ! Mohon Allah tutupkan hati aku supaya tidak lagi jatuh hati dengan mana-mana lelaki. dan kepada lelaki , jangan pernah lagi bicarakan soal perasaan kat aku. Sekian . ~

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥