Kehidupan baru setelah bergelar Mahasiswi IQDAR

Selamat bercuti sekolah kepada adik-adik semua ( walaupun dah nak habis) Alhamdulillah cuti midsem 2 baru start. lama rasanya tak tulis kat blog nih.
Bismillahirrahmanirrahim.
Penulisan ini bukan kerana nama, nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini kerana Allah, kerana redha-Nya menuju Jannah.
Apa khabar adik-adik lepasan SPM 2015? mesti boring kan cuti lama sangat. Semoga anda manfaatkan cuti ni. rugi kalau duduk saja. cari la pengalaman bekerja ke apa ka. yang perempuan, jangan lupa belajar masak nah . 
smile emoticon
Pertama sekali, saya hanya nak mengisi masa lapang ni nak cerita pengalaman sebelum masuk ke IQDAR kat adik-adik memandangkan adik-adik pun mesti tengah serabut kan nanti nak sambung mana. macam kami jugak dulu. Haa meh nak cerita. Pada mulanya saya ambil stam kat SMANH. cuba nasib jaaa. tapi tak daftar pun. sebab takut xleh bawak bahasa arab tu. First teringin sangat nak masuk DQ. Walaupun tak pernah langsung Hafal Quran dan minat pun tak pernah ada sebenarnya. Juzuk30 tu pun paling ingat 3Qul ja kot. Sambil jadi form6, saya pun isi la borang DARUL QURAN and IQDAR. Sampai temuduga apa semua then keluar result. DQ failed. IQDAR lulus. Masa tu sedih semua ada. Xpernah dengar pun IQDAR ni apa. Kena daftar pulak 5 MEI . Result UPU plak keluar 6MEI. ada la jugak perasaan teringin nak masuk U kalau dapat.

Tanya pendapat sana sini. Abg kata "Nak hafal Quran memang senang. Nak pelihara tu yg susah. FIkir bagi betul. Dan ada masa kita akan jatuh air mata sebab Quran" Masa tu dilema. Takut tak mampu nak jaga Kalam Allah yang suci ni. Sebab saya cuma pelajar biasa. tak pernah hafal Quran. Ilmu agama pun agak cetek. cuma pelajar SMK biasa yang macam baru nak kenal agama walaupun kat sekolah memang ambik aliran agama pun. cuma ye lah bezanya pada biah-biah yang ada la kan. kalau SMA maybe banyak lagi program ke arah keagamaan ni. Then bila kenal Kak Zulfa Abd Rahim dia banyak bagi semangat. pujuk suruh masuk jugak. Hampir setiap hari dia whatsApp suruh masuk. Dia pulak yang lebih bersemangat. Haha.

4 Mei malam. Esok dah nak daftar. tapi barang semua tak packing lagi. Hati masih berbelah bagi. "macam mana kalau aku dapat U, takkan takpi. U kot bukan semua org boleh dapat"-getus dalam hati. Hmmm. Akhirnya 11malam dengan longlainya mula packing barang. Dan pagi tu sampai kat IQDAR terus daftar apa semua. dan dengar sedikit taujihat daripada Tuan Syeikh Badarudin. Start tu hati dah mula jatuh cinta sikit dengan Alquran. Kalam dia sangat menjentik hati-hati yang agak hitam macam saya ni. 12 tengahari start check in asrama inspin. asrama banat. dapat pula tingkat ke-3. dapat bilik yang 4 orang satu bilik. ada toilet kecil dalam bilik. dan ada toilet besar yang dishare oleh 3 bilik. Selesa. Lepas rehat, petang tu kami ramai-ramai ke masjid solat asar berjemaah dan baca Syamail oleh kak fasi. Petang tu lah start program Minggu Taaruf Huffaz atau lebih dikenali minggu orientasi. kalau kawan lain cerita kat U depa paling letih paling tak best dengan orientasi, tapi kat sini berbeza. MTH ni bukan diisi dengan permainan sangat. Tapi banyak diisi dengan ceramah diselitkan permainan sikit2 yang serius la tak jemu tak boring tak letih. lepastu ada qiamullail. banyak lagi sebenarnya aktiviti yang mengisi rohani. tak ingat sangat.

6Mei . Result UPU keluar. bila check, guess what? Satu U pun tak layak. Sedih. Frust. Rasanya result SPM saya layak ja nak masuk U. kenapa kawan 5A pun dapat UM? kita yang lebih sikit daripada dia tak dapat? Hari demi hari, belajar terima hakikat. Redha. Mungkin tempatku disini. Allah lebih tahu apa yang terbaik. pujuk hati sendiri. Maka bermulalah kehidupan sebagai pelajar IQDAR.

First day masuk kelas tasmik Ustazah Noor Hakimi. Tugasan yang diberi kami kena hafal atleast 2 muka (1helai) untuk tasmik kat ustazah atau lebih baik 1 Maqra'. Fuh telan air liur. Semuka pun payah nak hafal. Masuk ja kelas Madah, agak terkejut kalau tengok kitab Fully Arabic. Telan lagi air liur. Ya Allah, takut. Tak pernah berhadapan dengan situasi ni. saya bukan student SMA. tak pernah ambil SMRA. yang examnya dalam arab. tapi try sedaya upaya sebab dah masuk sini. untuk tugasan esok, kami cuba hafal. saya usahakan bagi boleh 1 maqra jugak. dan Alhamdulillah first day Allah izinkan hantar 1 maqra. dan target nak constantkan 1 Maqra setiap hari. Best juga sebenarnya bila usaha kita ada hasil. Tu la kata . Allah tak pernah zalim kat hamba Dia yang berusaha smile emoticon Kalau constantkan 1 Maqra sehari, InshaAllah 8 hari dah boleh habis satu juzuk. Pengalaman baru yang dapat. setiap hari ustazah tegur "Tajwid tak betul. Dengung pun tak kena. Panjang pendek pun salah". Boleh kata hari-hari. Tersedar rupanya selama ni baca Quran tak betul sangat pun frown emoticon Setiap hari saya try baca Al-Quran dengan bertajwid. cuba betulkan panjang pendek. Dan sempat bertalaqi dengan ustazah Hakimi 2juzuk ja. Ada guru baru masuk. Maka berlakulah rombakan kelas tasmik. ditakdirkan namaku terpanggil untuk ditukarkan kepada guru baru. iaitu Ustaz Zukhi. Pada mulanya sedih teramat sangat. baru sempat rapat dengan ustazah dan kawan halaqah dalam sebulan. ditakdirkan pulak tasmik dengan ustaz. masa tu Ustazah dan anak halaqah pun nangis (padahal bukan keluar dari maahad pun) . Hari pertama tasmik kat ustaz, memang ketaq la. tapi next day biasa ja. Hari demi hari, tersedar ada improvement pada bacaan. cuma ustaz ambik part pulak. ustaz tegur makhraj tak betui. setiap kali tasmik dan ada huruf tersebut mesti ustaz tegur. sampai naik tension. tanya kawan camna nak sebut huruf tu. balik kelas start hafal. cuba betulkan huruf tu. ingat lagi, sampai menangis saya cuba nak betulkan huruf tu. nak makan sebut huruf tu, nak tidur ka buat apa saja mesti akan sebut huruf tu. Sampai lah boleh sebut huruf tu dan tiada teguran lagi dah daripada ustaz. Happy ? ya. Usaha kita Allah pandang.Tak pernah sia2.

Sistem pengajian kat IQDAR ni sama dengan Darul Quran sebab dia memang under DQ pun. Semester satu kena hafal 5 juzuk. baca macam sikit. tapi berat jugak sebenarnya. cuma Yakin dengan pertolongan Allah. Habis ja Muqoror 5juzuk, mengulang la pula untuk exam akan datang. Sakit juga mengulang kalau kita tinggal terus hafalan dari awai. lebih baik rajinkan diri mengulang selalu. Setiap sem akan ada exam syafawi dan tahriri Alquran serta exam madah. Mumtahinnya dari DQ sendiri. pengalaman pertama memang kecut perut jugak. First day exam adalah tahriri Alquran iaitu ujian bertulis. dapat ja soalan, terus senyum. semua yang ngulang, semua naik. ingat lagi. saya orang pertama (banat) yang keluar dari dewan. dengan perasaan yang senang, terus menuju ke masjid solat dhuha. sujud syukur. Allah balas lagi usaha kita dengan rahmatNya tolong kita jawab exam. Hari exam syafawi, diuji agak tak sihat. tapi sabar menunggu giliran yang ke-8. Sampai ja giliran, terus masuk dengan kaki yang ketaq. dengar suara mumtahin pun dah takut. dapat 5 soalan, Alhamdulillah hampri semua boleh jawab. Allah tolong lagi. Hari seterusnya exam Madah. Madah ni tak menjadi kerisauan sangat sepertimana Alquran. Tapi study sampai 2-3 jam ja la tidoq malam. Habis ja exam terakhir iaitu bahasa Arab, bermulalah cuti sem . 3 minggu ja. Sabar menunggu Result pulak. 
smile emoticon
Hmm.. macam dah panjang la pulak.. esok sambung lain inshaAllah.. banyak lagi sebenarnya nak tulis haha. setelah sekian lamanya tak update blog ni grin emoticon


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Mari Bercinta Dengan ALlah

CINTA.....
Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke surga?CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.


CINTA KERANA ALLAHKalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak perlu untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemauan ALLAH.


CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu birahi.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senangkalau yang dicintai itu senang. Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.CINTA yang begini diceritakan dalam hadis, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat perlindungan daripada matahari yang sejengkal sahaja daripada kepala.Kalau berlaku sesama suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan kepada suami, hormat dan melayani suami tanpa jemu. Baik ketika suami menunjukkan kasih sayang atau ketika suami menunjukkan kemarahan. Baik ketika suami sedang kaya atau miskin, CINTA isteri kepada suami tidak akan berbelah bahagi kerana CINTAnya pada suami datang daripada ALLAH hasil ketakwaan isteri. Biardatang badai melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh. Inilah CINTA sejati.Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak pandang itu isteri tua atau muda.Termaktub dalam hatinya, selagi isteri taat pada ALLAH, isteri itu akan tetap dikasihinya.


CINTA ALLAH YANG UTAMA


Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Apabila berlaku pertentangan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH pasti akan menang.Sebagai contoh seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suaminya melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal menutup aurat itu ALLAH wajibkan, maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk tetap melaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suaminya.


CINTA yang datang daripada ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi perkara yang besar. Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA yang lain jadi kecil dan rendah baginya.Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri.Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.


Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.


Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.Pembaca kalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:


"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."Alangkah biadabnya kita kalau kita gagal mengambil segala nikmat-Nya tapi lupa untuk bersyukur pada yang Memberi. ALLAH mampu sahaja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kudrat dan Iradat-NYA.


Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat daripada ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh. Dan CINTAnya pada makhluk berlandaskan CINTAnya kepada ALLAH.



Ada orang mengatakan :


"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."


Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.



SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

INGATLAH IA ADALAH KURNIAAN ALLAH
HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA
CINTA YANG SUCI
BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR
SAMBUTLAH DENGAN BENAR
JAGA PELIHARA

DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SYURGA


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

TarbiyahSentap : Camna nak jaga hati ?

Saya nak share satu cerita pendek. InshaAllah ^^
Watak:
Haris: A boy. The very tiptop bab agama.
Nurain: A girl. The very the solehah (baru hijrah).
Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.
Tiba satu soalan, "Abang Haris, cane nak jaga hati?"
Haris sengih. Typical random one.
"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."
"Mesti abang Haris tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."
Haris sengih.
"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Haris serius.
"Lelaki yang jaga pandangan, akaj diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."
Haris pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.
Few years ago..
*****************************************
Hujan. Haris bergegas ke stesen bas untuk bertedug. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Haris istighfar.
Haris tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran.
Nurain selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nurain tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Haris. Haris tunduk..
Tiba-tiba Nurain rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Haris pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.
Haris pandang sekilas.
"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Haris.
"Argh! Istigfar Haris!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.
Esoknya..
Haris pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.
Nurain buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.
But.. Haris pasang telinga.
"Macam kenal suara ni.."
Rupanya port Nurain lepak dengan port Haris bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.
Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Haris untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.
"Assalamualaikum?"
Nurain teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.
"Err miss?" Haris try lagi.
"Already a MADAM!" Nurain bangun dan blah.
Waktu tu Haris rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar..
Nurain sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!
And so.. takdir.
Haris dan Nurain dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.
Nurain dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Haris.
Haris.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.
The meeting went well. Haris interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nurain. Both menjaga. Tapi Haris, still rasa terpukul.
Satu hari atas sebab kerja, Haris WhatsApp Nurain. Pung pang pung pang sampai pukul 12.
Nurain selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.
"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nurain." -Haris.
Nurain dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh"
The next morning, "for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nurain.
Haris baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Haris sengih.
Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Haris berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..
"Sorry kalau ada buat salah pape."
Nurain reply, "K"
Haris reply, "K? Potassium?"
Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nurain replied.
And so.. bermulalah kisah baru. Saling berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi.
That term ((romantik islamik))
Satu hari, Nurain cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.
Dan takdirnya..
Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.
Nurain tanya kak Yuliza, the naqibah.
"Akak. Ain hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"
"Lupa nak baca Bismillah kot."
Gelak berjemaah ..
Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak Ain buat something yang Allah tak redha?"
Nurain senyap.. Dup! Ada.. kot?
Kak Yuliza sambung.. "there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell."
Nurain: "Ain.. ada suka sorang mamat ni."
Kak Yuliza senyum.
Nurain: "Tapi.. Ain dengan dia takde pape pun. Just kawan."
Kak Yuliza: "Kawan macamana tu?"
Nurain: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama. Helping each other. Sebab Ain kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama."
Kak Yuliza: "Let me ask something, selalu contact?"
Nurain: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program kerjasama."
Kak Yuliza: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"
Nurain senyap..
Nurain start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.
Kak Yuliza: "Sister, do you love him?"
Nurain: "Kind of.. no. But yes. Hm"
Kak Yuliza: "If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa."
At 3.00 a.m Nurain bangun. Qiyamullai.
Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.
*****************************************
After a few weeks, Nurain buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.
Nurain tekadkan hati. She must help Haris.
Nurain: "Haris, kau selesa ke dengan keadaan camni?"
Haris: "Eh hilang ke mana? Apakepelik soalan tu?"
Nurain: "Random."
Haris: "Ain, are you okay?"
Nurain: "And if I said I'm not, what will you do?"
Haris: "Ain.. what? Tell me. Please"
Nurain: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you."
Haris: "Apa ni Ain.. cuba cakap bahasa Haris faham. Jadi macam dulu? Dulu cane?"
Nurain: "Waktu hati Haris masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati."
Haris speechless.
Haris: Ain give me time."
Nurain: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam."
Nurain nanges.
Haris nanges.
Both hurts.
"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most."
Haris WhatsApp Izaha, "Brother, need some help."
Izaha: "Sure. How?"
Haris: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"
Haris dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.
Izaha: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"
Haris geleng. Muka serius, tegang sangat.
Izaha: "Okay, silap timing. So wassup?"
Haris: "I knew a girl, and I'm in love."
Izaha: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan."
Haris jeling.
Izaha: "woo woo hold on. So the problem is?"
Haris: "Silap step."
Izaha: "Already langgar the pantang larang?"
Haris: "Kind of.. I know but its just.."
Izaha: "Benda dosa memang seronok buat."
Haris speechless.
Izaha: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."
Izaha sambung: "May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku."
Haris: "Proceed."
Izaha: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"
Haris: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."
Izaha: "Then I bet, you must be so serious."
Haris: "Truly."
Izaha: "But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."
Haris: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."
Izaha: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."
Haris betulkan duduk.
Haris: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."
Izaha: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu."
Izaha sengih
Izaha sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Haris, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?"
*Izaha siku bahu Haris*
Haris: "Aku dah lama tak tahajjud."
Izaha: "Sebab?"
Haris: "Tak terbangun."
Izaha: "Allah taknak kejut kot?"
Haris: "hm "
Izaha: "ops! .."
Izaha sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam."
"Abang Haris? Are you there?"
Haris: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"
"Cane nak jaga hati?"
*Haris sengih* "Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."
The end.
Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to be exact, but I guess that is what happened these days. Take whats good, ignore whats bad.
Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga bermanfaat. Perbaiki diri bersama-sama. InshaAllah


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Cinta itu indah dan mulia jika dilandaskan kerana Allah

Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh kita semua.Awak,saya,dia,mereka.KITA SEMUA.Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga.


Err..apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allah yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).


Wanita dan lelaki saling tertarik antara satu sama lain.Itu perkara biasa dan ianya merupakan fitrah manusia.Malah,ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah cara Allah untuk menjamin kehidupan di dunia sentiasa berterusan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri.Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah semulajadi ini menjadi suatu barakah.



Ingin diselitkan di sini,seandainya kita jatuh cinta adalah lebih baik untuk kita berdiam diri.Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya bukan untukmu,redhailah kerana Allah pasti menyediakan seseorang  yang lebih beriman untukmu.

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik."



Ok,back to the topic!

Wanita dan lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta,itu adalah luar biasa dan boleh membawa binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Kadang-kadang seseorang itu mempunyai asas agama yang kukuh,namun akibat dorongan hawa nafsu yang kuat dia juga boleh terjebak dalam kancah ini.Yang penting,IMAN dan TAKWA.Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca tercetusnya fitnah.Ingatlah!Fitnah diakhir zaman sangat hebat.

Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah,saling melingkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah.Ini adalah jauh luar biasa and very awesome!Dan ini barulah cinta high class :)



Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati.Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah.

No couple before NIKAH :)



Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu.Sama macam manusia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita dan wanita juga sebaliknya.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya.Bagaikan elektron dan proton.Bagaikan baju dan seluar.Bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan antara satu sama lain.

Cinta ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan pada insan istemewa bernama suami atau isteri,bukan pakwe atau makwe.



Kenapa ianya high class?
Itu tanda kita patuh pada arahan Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Yang penting,itu adalah sebuah MUJAHADAH.

'Jodohku,aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana.Aku cuma tahu engkau ada,di dunia atau di akhirat.Akan ku simpan perasaan ajaib ini.Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'


Credit to : Kak Zyla :)


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Hanya kerana tablet. T_T

Harini adalah hari yang paling sedih. kesedihan yang dahulu hilang kini sudah kembali. Ya Allah , aku diuji lagi. mengapa? i know you love me. melihat pada tajuk , ya hanya kerana tablet aku jadi sedih. tak dinafikan sebelum ni aku selalu sangat online guna tablet tuh sampai aku lupa everything. solat? kdg2 aku lambat solat sebab lagha ngan benda tuh. tapi alhamdulillah yang tuh dapat dikurangkan. cuma aku malas study. homework sangatlah banyak. hurm.
Okay harini bersamaan 3 june . hari isnin. aku ingat nak puasa sunat. siap taruh ayam masak merah lagi untuk dijadikan sahur. bila kak kejut , tengok jam 6.50a.m . ya Allah . dah terlepas. okay sedihnya. lepastu ambik whuduk , sembahyang subuh and then tidur. masa tuh lupa pula nak kunci pintu bilik. 
Pada pukul 9pg terjaga dari tidur. terus tengok meja tepi katil . Errr , mana ak punya tablet nih ? charger pun hilang. charger henfon pun xde. Bangun2 cuci muka and gosok gigi. pergi la nak ambik ayam masak merah untuk dijadikan breakfast pula. Tengok2? arghhh ayam dah takda. tengok atas dapur ada nasi goreng. hmm makan je nasi goreng tuh. sambil pikir mana aku nak cari tablet tuh ekk. then sudah makan masuk bilik pikir lagi. lepastu kuaq bilik cari la . x jumpa. so , masuk bilik , kunci pintu and then buat folio kimia. sambil air mata berlinangan . Cenni ---> T_T . 
Habis study pukul 12 tengah hari tu aku duk atas katil sambil baca msg lama and sambil dengar lagu. Tetiba sedih lagi dan tanpa disedari aku tertidur. and aku terjaga pukul 3.30 ptg. Bangun pergi mandi and solat zohor. Lepastu keluaq pi beli megi tomyam. balik tuh aku masak , then makan dalam bilik. How sad my life ?
hurm . lepastu aku teruskan buat kimia. then cousin ketuk pintu. so aku buka la. dia ajak pi meronda. errk aku belum solat asaq. so aku solat and then baca mathurat baru la keluaq. lma jugak meronda. pukul 7.mlm baru balik. lepastu masuk dalam umah. ramainya orang. hmm takpa terus masuk bila and termenung. lepastu dengar my family bincang nak pi makan steamboat ( betui ka eja ? ) entahla. so aku buat xtau. orang azan terus pi semayang. lepastu sambung buat kimia. cousin mai lagi. ajak pi kedai. hurm alang2 tengah boring , ikut ja la. elok nak kuaq tuh , abg tnya nak pi mana ? aku ' nak pi kedai sat ' .naik ja moto. tengok cousin nak pi beli burger. takpa ikut ja bukan buat apa pun. lepas 15 mnit tunggu burger , dia ajak ronda pulak. err. sat ja la. lepastu terus pi mik adik dia kat surau. teng0k2 x keluaq lagi.pi ambik angin pula kat kg. then terus balik.
Sampai je umah , tengok abg tunggu depan pintu. erm. takut jugak la. dah la abg kesayangan. huhu. then dy kata 'amboi sakan aihh pi kedai noh? ' aku kata la pi beli burger. pastu lepas sepupu aku balik , abg aku tak bagi masuk rumah. 
Abg : ni org nak keluaq ni. xpyh duk kat umah.
Aku : laaaa , org x mau pi.
Abg : xkira. pi jugak. mana ada sapa kat umah.
Aku : Xmauuu.
Abg : Xdak2. kena pi gak ( sambil tahan aku kat pintu )
Aku : Laaa x mauuuu. (sambil tolak diaaa)
Abg : Ishh. jangan buat perangai sgt. xyah masuk. jom ikut. semua kena pi.
Aku : Ha k la. takkan nak pakai ceni kot? bg la msuk dlm nak tukaq baju .
Abg : Ha pi tukaq lepastu kena ikut gak. ( mmbenarkan aku masuk)
Aku : Xmauu.
So , aku msuk pakat bersiap dah. errk. bilik aku penuh org duk bersuluh cermin. takpa la. aku pi toilet. duk lama . saja nak melambatkan. lepastu ambik whuduk masuk bilik then solat isya' . and sembahyang pun buat lambat2. lepas sembahyang , depa takpi lagi. tunggu kak aku yang sorang lagi balik kerja. so, nak tambahkan melambatkan lagi , aku zikir panjang2. habis zikir tuh , takpi lagi jugak. tanpa buang telekung aku terus tidur atas sejadah. then mak tnya 'nih betoi ka takmau pi' . aku buat derk ja. aku tau aku dah berdosa. Maafkan fatin ya mak :'(. Lepastu semua beransur keluar. arghhh nak pi jugak makan steamboat. bukan selalu nak makan ngan whole family cennih. hurm .

semua ni kerana tablet tuh , kalau bukan sebab tablet aku takkan merajuk. dan semenjak ayah bg tablet tuh , aku makin malas study. makin malas tolong mak. sebab 24 jam , hanya dengan tablet. bangun tidoq tengok tablet. nak tidoq tengok tablet. everything dgn tablet tuh. harini aku dah takleh on9. hurm sedih. tapi dulu aku berharap agar someone ambik tablet tuh so that aku rajin la sikit bila tablet x menguasai diri aku. Apa pun , aku rasa mcm aku x layak dlm family nih T_T . semuanya asyik ungkit segala kebaikan yang pernah depa buat kat aku. Hurm. Sedihnya Ya Allah . takpa. sabar ja la Fatin. sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan :')

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥