Rupanya begini.


Haiii semua. emm harini terbangun lewat disebabkan semalam merapu sampai pukul 3 pagi. buat apa ? studyy erkk ? Ehh bertuah nak study. hehe. emm. Esok ayah nak pi KL sbb ada orang nak mai minang kakak. emm. lepastu kakak yang sorang lagi pun sama. ehh saya bila lagi? hermm spm pun x lepas lagi. calon pun belum ada. tak payah menggalak sangat erh fatin. haa back to the point. pagi tadi kan. masa baru bangun tidur. dengar la ayah duk bincang pasal peminangan tuh. and ayat cakap kat kak. buat istikharah dulu meskipun dah nak bertunang. biar Allah tunjuk sama ada betul ke tak dia tu jodoh kita. tanya dia kerja apa. . *ehh lelaki tu krja polis. balai kat mana. and what so ever. ayah kata lagi . nak cari , cari yang el0k2. ada kerjaya tetap. ada agama. nanti kalau salah pilih takut merana. ayah nak anak2 ayah berjaya . nanti ayah dah takda. takda orang nak bela hampa. hampa kena pandai hidup seniri. *uhhh tacink kat ayh kata sal * nanti ayah dah takda * smua selalu mention tentang ajal maut. kenapa ? saya takmau kehilangan mak ayah . T.T
hurm . so aku simpulkan ayat ayah. ayah lebih mementingkan kerjaya dan agama dalam rumah tangga. ye la. kalau cari laki yang takde kerja , nanti dia nak bagi fatin makan apa ? pasir ke ? hehe. tapi fatin x kisah tentang harta. tak kaya tak apa. kaya tak menjamin bahagia. kan? cuma cukup la ada pegangan agama yang kuat. supaya boleh bawak fatin ke jannah Allah :D thats All :) Let's fly to Langkawi ! hihi

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

Sedih jaaa diaaa


Hari khamis . 21 march 2013. hari apa ekk ? hari result spm keluar kan ? hehe. okay Alhamdulillah Smkak 19 org dpt A+ . Tahniah kepada kakak2 dan abg2 senior . Ni buat fatin lagi semangat nak study. nak jugak macam depa. nak jugak bahagiakan mak ayah dengan result cemtu :3 nak capai impian nak pergi Mesir , Jordan , Morocco , Dubhai , India and mana lagi erkk ? Haaa paling teringin ialah Alexandria University . tahu dak kat mana ? Kat mesir. ingat nanti kalau dapat result elok , nak ambil pharmacist kat alexandria. In Sha Allah. doa2 kan lah yeee . herm. and masa sampai umah tuh . ada hamba Allah ni bagitahu result dia. sedeh ja dia. emm takpa. bukan rezki lagi. Rezki ada dimana2 . Hidup ni umpama roda. kadang2 kita dibawah. kadang2 kita diatas. mana tahu , one day dia berada di atas kan ? semoga dia tabah dengan dugaan yang Allah berikan. teruskanlah menempuh cabaran dalam kehidupan. Suatu hari nanti mungkin kesedihan digantikan dengan kebahagiaan . dan kadang hidup tak boleh terlalu gumbira . nanti takut Allah gantikan pula dengan kesedihan. ehhh chill up ! tetiba nak masuk tajuk lain. tujuan kita hidup ini untuk beribadah pada Allah kan? kenapa kita terlalu leka ekk ? ok ni semua berkaitan ngan my self. banyak lagi amalan yang kurang untuk dibawa ke akhirat. kenapa saya malas nak buat perkara baik. tapi kejahatan tu senang sangat kita nak buat. saya berharap yang saya akan mati sebelum munculnya dajjal. sebelum dunia menjadi terumbang ambing. sebelum islam hanyut dibawa badai. Ya Allah , takut pulak. doakan juga saya dapat menjadi seorang hafizah sebelum ajal saya tiba . itu Impian saya yang pertama . ingin menghafal senaskhah al-quran . ayat cinta Rasululullah . Assalamualaikum :')

♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥