Kehidupan baru setelah bergelar Mahasiswi IQDAR

Selamat bercuti sekolah kepada adik-adik semua ( walaupun dah nak habis) Alhamdulillah cuti midsem 2 baru start. lama rasanya tak tulis kat blog nih.
Bismillahirrahmanirrahim.
Penulisan ini bukan kerana nama, nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini kerana Allah, kerana redha-Nya menuju Jannah.
Apa khabar adik-adik lepasan SPM 2015? mesti boring kan cuti lama sangat. Semoga anda manfaatkan cuti ni. rugi kalau duduk saja. cari la pengalaman bekerja ke apa ka. yang perempuan, jangan lupa belajar masak nah . 
smile emoticon
Pertama sekali, saya hanya nak mengisi masa lapang ni nak cerita pengalaman sebelum masuk ke IQDAR kat adik-adik memandangkan adik-adik pun mesti tengah serabut kan nanti nak sambung mana. macam kami jugak dulu. Haa meh nak cerita. Pada mulanya saya ambil stam kat SMANH. cuba nasib jaaa. tapi tak daftar pun. sebab takut xleh bawak bahasa arab tu. First teringin sangat nak masuk DQ. Walaupun tak pernah langsung Hafal Quran dan minat pun tak pernah ada sebenarnya. Juzuk30 tu pun paling ingat 3Qul ja kot. Sambil jadi form6, saya pun isi la borang DARUL QURAN and IQDAR. Sampai temuduga apa semua then keluar result. DQ failed. IQDAR lulus. Masa tu sedih semua ada. Xpernah dengar pun IQDAR ni apa. Kena daftar pulak 5 MEI . Result UPU plak keluar 6MEI. ada la jugak perasaan teringin nak masuk U kalau dapat.

Tanya pendapat sana sini. Abg kata "Nak hafal Quran memang senang. Nak pelihara tu yg susah. FIkir bagi betul. Dan ada masa kita akan jatuh air mata sebab Quran" Masa tu dilema. Takut tak mampu nak jaga Kalam Allah yang suci ni. Sebab saya cuma pelajar biasa. tak pernah hafal Quran. Ilmu agama pun agak cetek. cuma pelajar SMK biasa yang macam baru nak kenal agama walaupun kat sekolah memang ambik aliran agama pun. cuma ye lah bezanya pada biah-biah yang ada la kan. kalau SMA maybe banyak lagi program ke arah keagamaan ni. Then bila kenal Kak Zulfa Abd Rahim dia banyak bagi semangat. pujuk suruh masuk jugak. Hampir setiap hari dia whatsApp suruh masuk. Dia pulak yang lebih bersemangat. Haha.

4 Mei malam. Esok dah nak daftar. tapi barang semua tak packing lagi. Hati masih berbelah bagi. "macam mana kalau aku dapat U, takkan takpi. U kot bukan semua org boleh dapat"-getus dalam hati. Hmmm. Akhirnya 11malam dengan longlainya mula packing barang. Dan pagi tu sampai kat IQDAR terus daftar apa semua. dan dengar sedikit taujihat daripada Tuan Syeikh Badarudin. Start tu hati dah mula jatuh cinta sikit dengan Alquran. Kalam dia sangat menjentik hati-hati yang agak hitam macam saya ni. 12 tengahari start check in asrama inspin. asrama banat. dapat pula tingkat ke-3. dapat bilik yang 4 orang satu bilik. ada toilet kecil dalam bilik. dan ada toilet besar yang dishare oleh 3 bilik. Selesa. Lepas rehat, petang tu kami ramai-ramai ke masjid solat asar berjemaah dan baca Syamail oleh kak fasi. Petang tu lah start program Minggu Taaruf Huffaz atau lebih dikenali minggu orientasi. kalau kawan lain cerita kat U depa paling letih paling tak best dengan orientasi, tapi kat sini berbeza. MTH ni bukan diisi dengan permainan sangat. Tapi banyak diisi dengan ceramah diselitkan permainan sikit2 yang serius la tak jemu tak boring tak letih. lepastu ada qiamullail. banyak lagi sebenarnya aktiviti yang mengisi rohani. tak ingat sangat.

6Mei . Result UPU keluar. bila check, guess what? Satu U pun tak layak. Sedih. Frust. Rasanya result SPM saya layak ja nak masuk U. kenapa kawan 5A pun dapat UM? kita yang lebih sikit daripada dia tak dapat? Hari demi hari, belajar terima hakikat. Redha. Mungkin tempatku disini. Allah lebih tahu apa yang terbaik. pujuk hati sendiri. Maka bermulalah kehidupan sebagai pelajar IQDAR.

First day masuk kelas tasmik Ustazah Noor Hakimi. Tugasan yang diberi kami kena hafal atleast 2 muka (1helai) untuk tasmik kat ustazah atau lebih baik 1 Maqra'. Fuh telan air liur. Semuka pun payah nak hafal. Masuk ja kelas Madah, agak terkejut kalau tengok kitab Fully Arabic. Telan lagi air liur. Ya Allah, takut. Tak pernah berhadapan dengan situasi ni. saya bukan student SMA. tak pernah ambil SMRA. yang examnya dalam arab. tapi try sedaya upaya sebab dah masuk sini. untuk tugasan esok, kami cuba hafal. saya usahakan bagi boleh 1 maqra jugak. dan Alhamdulillah first day Allah izinkan hantar 1 maqra. dan target nak constantkan 1 Maqra setiap hari. Best juga sebenarnya bila usaha kita ada hasil. Tu la kata . Allah tak pernah zalim kat hamba Dia yang berusaha smile emoticon Kalau constantkan 1 Maqra sehari, InshaAllah 8 hari dah boleh habis satu juzuk. Pengalaman baru yang dapat. setiap hari ustazah tegur "Tajwid tak betul. Dengung pun tak kena. Panjang pendek pun salah". Boleh kata hari-hari. Tersedar rupanya selama ni baca Quran tak betul sangat pun frown emoticon Setiap hari saya try baca Al-Quran dengan bertajwid. cuba betulkan panjang pendek. Dan sempat bertalaqi dengan ustazah Hakimi 2juzuk ja. Ada guru baru masuk. Maka berlakulah rombakan kelas tasmik. ditakdirkan namaku terpanggil untuk ditukarkan kepada guru baru. iaitu Ustaz Zukhi. Pada mulanya sedih teramat sangat. baru sempat rapat dengan ustazah dan kawan halaqah dalam sebulan. ditakdirkan pulak tasmik dengan ustaz. masa tu Ustazah dan anak halaqah pun nangis (padahal bukan keluar dari maahad pun) . Hari pertama tasmik kat ustaz, memang ketaq la. tapi next day biasa ja. Hari demi hari, tersedar ada improvement pada bacaan. cuma ustaz ambik part pulak. ustaz tegur makhraj tak betui. setiap kali tasmik dan ada huruf tersebut mesti ustaz tegur. sampai naik tension. tanya kawan camna nak sebut huruf tu. balik kelas start hafal. cuba betulkan huruf tu. ingat lagi, sampai menangis saya cuba nak betulkan huruf tu. nak makan sebut huruf tu, nak tidur ka buat apa saja mesti akan sebut huruf tu. Sampai lah boleh sebut huruf tu dan tiada teguran lagi dah daripada ustaz. Happy ? ya. Usaha kita Allah pandang.Tak pernah sia2.

Sistem pengajian kat IQDAR ni sama dengan Darul Quran sebab dia memang under DQ pun. Semester satu kena hafal 5 juzuk. baca macam sikit. tapi berat jugak sebenarnya. cuma Yakin dengan pertolongan Allah. Habis ja Muqoror 5juzuk, mengulang la pula untuk exam akan datang. Sakit juga mengulang kalau kita tinggal terus hafalan dari awai. lebih baik rajinkan diri mengulang selalu. Setiap sem akan ada exam syafawi dan tahriri Alquran serta exam madah. Mumtahinnya dari DQ sendiri. pengalaman pertama memang kecut perut jugak. First day exam adalah tahriri Alquran iaitu ujian bertulis. dapat ja soalan, terus senyum. semua yang ngulang, semua naik. ingat lagi. saya orang pertama (banat) yang keluar dari dewan. dengan perasaan yang senang, terus menuju ke masjid solat dhuha. sujud syukur. Allah balas lagi usaha kita dengan rahmatNya tolong kita jawab exam. Hari exam syafawi, diuji agak tak sihat. tapi sabar menunggu giliran yang ke-8. Sampai ja giliran, terus masuk dengan kaki yang ketaq. dengar suara mumtahin pun dah takut. dapat 5 soalan, Alhamdulillah hampri semua boleh jawab. Allah tolong lagi. Hari seterusnya exam Madah. Madah ni tak menjadi kerisauan sangat sepertimana Alquran. Tapi study sampai 2-3 jam ja la tidoq malam. Habis ja exam terakhir iaitu bahasa Arab, bermulalah cuti sem . 3 minggu ja. Sabar menunggu Result pulak. 
smile emoticon
Hmm.. macam dah panjang la pulak.. esok sambung lain inshaAllah.. banyak lagi sebenarnya nak tulis haha. setelah sekian lamanya tak update blog ni grin emoticon


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

2 BUDAK COMEH:

Teratak Ar Redho said...

mana sambunganya? menarik

Teratak Ar Redho said...

mana sambungannya....menarik