Cinta itu indah dan mulia jika dilandaskan kerana Allah

Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh kita semua.Awak,saya,dia,mereka.KITA SEMUA.Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga.


Err..apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allah yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).


Wanita dan lelaki saling tertarik antara satu sama lain.Itu perkara biasa dan ianya merupakan fitrah manusia.Malah,ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah cara Allah untuk menjamin kehidupan di dunia sentiasa berterusan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri.Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah semulajadi ini menjadi suatu barakah.



Ingin diselitkan di sini,seandainya kita jatuh cinta adalah lebih baik untuk kita berdiam diri.Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya bukan untukmu,redhailah kerana Allah pasti menyediakan seseorang  yang lebih beriman untukmu.

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik."



Ok,back to the topic!

Wanita dan lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta,itu adalah luar biasa dan boleh membawa binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Kadang-kadang seseorang itu mempunyai asas agama yang kukuh,namun akibat dorongan hawa nafsu yang kuat dia juga boleh terjebak dalam kancah ini.Yang penting,IMAN dan TAKWA.Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca tercetusnya fitnah.Ingatlah!Fitnah diakhir zaman sangat hebat.

Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah,saling melingkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah.Ini adalah jauh luar biasa and very awesome!Dan ini barulah cinta high class :)



Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati.Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah.

No couple before NIKAH :)



Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu.Sama macam manusia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita dan wanita juga sebaliknya.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya.Bagaikan elektron dan proton.Bagaikan baju dan seluar.Bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan antara satu sama lain.

Cinta ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan pada insan istemewa bernama suami atau isteri,bukan pakwe atau makwe.



Kenapa ianya high class?
Itu tanda kita patuh pada arahan Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Yang penting,itu adalah sebuah MUJAHADAH.

'Jodohku,aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana.Aku cuma tahu engkau ada,di dunia atau di akhirat.Akan ku simpan perasaan ajaib ini.Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'


Credit to : Kak Zyla :)


♥ Sekian. Terima Kasih atas kesudian untuk membaca tintaku ♥

0 BUDAK COMEH: